Minyak-Minyak

June 8, 2008 at 6:17 pm (Uncategorized)

Minyak naik lagi,perkara biasa di Malaysia (kalau turun baru mengejutkan),Kenaikan harga minyak dunia dari USD30 kpd USD 130( sewaktu blog ini ditulis telah meningkat sebanyak USD138 ) menjadi alasan untuk kenaikan harga yang mendadak sekaligus mengejutkan banyak pihak.

Punca kenaikan harga minyak ini disebabkan kenyataan dari Israel untuk menyerang Iran jika kajian Iran tentang nuklear diteruskan.Disebabkan hal ini,maka harga minyak dunia melambung tinggi.Sekaligus hal ini menyumbang kepada inflasi dunia.Dunia Arab yang tidak mampu menentang Israel secara berdepan mengambil langkah mengurangkan pengeluaran minyak dunia sekaligus menjadikan harga minyak melambung tinggi.Kenaikan harga minyak dunia dijadikan alasan utama untuk kerajaan dibawah pimpinan Abdullah Badawi menaikkan harga yg boleh dikatakan gila.Adakah wajar tindakan ini,harapan sy dengan blog ini kita dapat berkongsi maklumat untuk membuka minda kita semua sbgai rakyat Malaysia.

4hb June 2008,kenaikan kali ini mengejutkan rakyat Malaysia.Kenaikan mendadak sebanyak RM0.78 iaitu 40% dari harga asal.Susulan pengumuman ini,rakyat menjadi sgat marah.Dan seperti biasa kita akan disogokkan dengan kenyataan yg difikirkan mampu untuk memenangkan rakyat yang marah.Ayat-ayat yg pada sy ayat templete krajaan BN:

1.Semua tindakan kerajaan tidak akan memuaskan hati semua pihak.( kalau baik,rakyat puas hati )

2.Rakyat hendaklah mengubah gaya hidup dan belanja secara berhemah.( mengajar melalui tauladan,rakyat mmg terpaksa mengubah cara hidup,tapi menteri maintain hidup mewah )

3.Mana ada kerajaan seperti ini (kerajaan Malaysia), masih menanggung subsidi petrol dan gas, walaupun harga bahan api itu telah meningkat.( negara2 maju masih memberi subsidi kepada rakyat,inikan pula negara pengeluar spt Malaysia)

4.Kenaikan minyak masih rendah berbanding mana-mana pun negara Asean(kita ni pengeluar minyak,bkan pengimport aje)

5.Kerajaan akan pastikan kenaikan tidak membebankan.( bkn orang yg income puluh2 ribu sbln yg layak bercakap tentang hal ni,tp org yg pendapatan rendah,petani, orang kampung, pekerja am, pegawai berpangkat rendah dan sederhana kerajaan, bapa atau ibu yang mempunyai 3-6 orang anak,sbb mereka yg rasa)

Sebagai pengeluar minyak,harga minyak yg tinggi di malaysia sgat melampau,rakyat semakin terhimpit dengan kos sara hidup di Malaysia.Saya lampirkan di sini kadar kenaikan minyak di Malaysia sebelum tahun 1990,

1.sebelum tahun 1990 – RM 0.89
2.tahun 1990 – RM 1.10 (kenaikan RM 0.21)
3.01/10/2000 – RM 1.20 (kenaikan RM 0.10)
4.20/10/2001 – RM 1.30 (kenaikan RM 0.10)
5.01/05/2002 – RM 1.32 (kenaikan RM 0.02)
6.31/10/2002 – RM 1.33 (kenaikan RM 0.01)
7.01/03/2003 – RM 1.35 (kenaikan RM 0.02)
8.01/05/2004 – RM 1.37 (kenaikan RM 0.02)
9.01/10/2004 – RM 1.42 (kenaikan RM 0.05)
10.05/05/2005 – RM 1.52 (kenaikan RM 0.10)
11.31/07/2005 – RM 1.62 (kenaikan RM 0.10)
12.28/02/2006 – RM 1.92 (kenaikan RM 0.30)
13. 4/06/2008 – RM2.70 ( kenaikan RM0.78 )

Adakah wajar kenaikan sebegini tinggi untuk sebuah negara pengeluar minyak? Namun begitu pihak kerajaan terus memperbodohkan rakyat dengan mengatakan harga minyak kita lebih murah dari negara luar,dan negara2 yg disebutkan bukan negara pengeluar minyak,sy lampirkan pula harga minyak negara pengeluar.

UAE =RM1.19/liter
Eygpt = RM1.03/liter
Bahrain = RM0.87/liter
Qatar = RM0.68/liter
Kuwait = RM0.67/liter
Saudi Arabia = RM0.38/liter
Iran = RM0.35/liter
Nigeria = RM0.32/liter
Turkmenistan = RM0.25/liter

Venezuela = RM0.16 seliter.

MALAYSIA = RM2.70/liter (Yeah! Pak Lah Boleh!!!Sebab tu kita kena SOKONG)

Logik kah kita sebagai negara pengeluar menaikkan harga minyak sebegitu tinggi?Adakah kenaikan ini disebabkan kenaikan harga minyak dunia atau mempunyai agenda tersembunyi.Apa agenda Pak Lah dah Keluarganya? Adakah syarikat2 milik keluarga/kroni yang hendak ditampung kerugian dengan menggunakan wang kerajaan? Atau perbendaharaan negara telah kering pada PRU yang lepas,lalu ini rakyat dipaksa membayar harga majoriti mudah krajaan Pak Lah ini? Adakah ini masanya Abdullah menunjukkan kuasa pada musuh2 politiknya?Atau menunjukkan kemarahan kepada rakyat yg memilih pembangkang?Atau ada isu2 penting negara yang cuba dialihkan dengan menimbulkan isu minyak ini?Atau ini Benarkah Petronas mengalami kerugian sepertimana kenyataan Hassan Merican? Atau memang benar kenaikan ini perlu untuk membangunkan negara?Kalau benar,apa yang Pak Lah buat?

Kenyataan dari Penasihat Petronas,Tun Dr. Mahathir Mohammad,mantan PM Malaysia( sumber blog Dr. Mahathir chedet.com ) :

Katanya Malaysia mengeluarkan lebih kurang 650,000 tong minyak sehari dan mengguna 400,000 tong manakala selebihnya iaitu 250,000 tong adalah tujuan export.
Tambahnya lagi bahawa tiga tahun lalu minyak mentah dijual pada kadar USD30 satu tong dan harganya pada hari ianya USD130 iaitu satu kenaikan sebanyak USD100.
“250,000 tong yang dieksport sepatutnya memberi Petronas sejumlah lebih RM27 billion,
“Tetapi Petronas untung lebih RM70 billion, yang kesemuanya milik Kerajaan. Kerajaan ini melimpah dengan wang,” katanya yang mengulas lanjut di blognya.
Kata bekas Perdana Menteri susulan keputusan itu kos sara hidup sudah tentu meningkatmalah akan tercetus inflasi dan taraf kehidupan akan menurun.
“Memanglah kenaikan harga petrol di sini jauh lebih rendah daripada di United Kingdom, mahupun Amerika Syarikat. Tetapi pendapatan per kapita kita adalah lebih kurang satu pertiga mereka. Berasas kepada kuasa membeli kita kenaikan harga adalah lebih tinggi dari UK atau Amerika Syarikat.

Ini kenyataan orang yang pernah berada di puncak Malaysia.Jadi dimana benarnya kenyataan Pak Lah bahawa kita mengalami kerugian?Adakah hanya Petronas penyumbang kepada ekonomi Malaysia,bagaimana dengan kelapa sawit dll?Saluran mana perginya wang negara?Petronas menggali minyak yang merupakan khazanah rakyat Malaysia,tetapi kerajaan BN menjadikan khazanah ini sebagai bisnes dengan rakyat,rakyat terpaksa menanggung kesan kenaikkan yang tidak logic ini.(yeah,hidup perjuangan Melayu).

Kerajaan BN berjanji untuk tidak menaikkan harga minyak sebelum pilihanraya,kenyataan nya pada hari ini,rakyat diseksa dengan kenaikan menggila ini.Alasan harga minyak kita lebih murah dari Singapura(tak logic langsung perbandingan macam ni),iaitu RM5.20.Jadi bagaimana rakyat Singapura mampu menanggung perbelanjaan ini?Lihat perbandingan antara pendapatan perkapita Malaysia 7 Singapura.

Pendapatan Perkapita( rujukan Jabatan Penerangan Malaysia berdasarkan Bank Negara Malaysia tahun 2008 )

Singapura =Rm106,000( USD30,810 ) = Seorang RM7,500 sebulan

Malaysia = RM21,500 ( USD 6,244 ) = Seorang RM 1,500 sebulan

Terlalu banyak persoalan difikiran rakyat yang kecil ini.Rakyat yang menderita kenaikan harga minyak,rakyat yang menderita tentang kenaikan harga barang,rakyat yang muak dengan kata2 bohong kerajaan BN,rakyat yang jijik dengan laungan”perjuangan bangsa dan agama” dari pemimpin2 yang membuncit meratah hasil negara.Rakyat yang kecil hanya memandang dengan pandangan sayu apabila kereta mewah menteri2 yang kononnya memperjuangkan bangsa melintasi jalan2 yang dibuat dengan duit hasil rakyat,menelan air liur melihat menteri makan di meja mewah sedangkan rakyat disuruh makan hanya segenggam nasi dengan alasan mengubah cara hidup.Ini yang dikatakan memperjuangkan bangsa,agama?

Fikir2kan la wahai rakyat Malaysia & ahli Kelab Sayang Pak Lah (dapat diskaun ke beli minyak kalau jadi ahli ?).

Permalink 1 Comment